Wednesday, 25 September 2013

Perihal cinta dua jantina


Bercinta bukan bermakna pastikan bersatu
Mencintai bukan juga bererti memiliki
Bercinta ikhlas pastinya saling merindu
Tetapi belum tentu ianya abadi

Kita hanya merancang, tetapi Tuhan jua yang menentukan ....

Pantai UMS, Kota Kinabalu
f/9 - 1/25 sec. - ISO 800
Enhancement dengan Adobe Photoshop CS5

Ming Garden Hotel, Kota Kinabalu


Inilah bilik penginapan saya di Hotel Ming Garden sewaktu terlibat dengan satu acara rasmi Sekolah Perniagaan & Ekonomi, UMS, di Bandaraya Tropika Kota Kinabalu, sekitar bulan Jun 2013 yang lalu. Terasa mahu ZZZZ sahaja sepanjang hari ....

f/8 - 1/40 sec. - ISO 800 - No flash

Tuesday, 27 August 2013

Tempahan Perkhidmatan Jurugambar Perkahwinan 2013

Mungkin teransang oleh suasana  31 Ogos yang akan datang ini, saya kembali berminat dan bersemangat untuk menangkap gambar-gambar perkahwinan setelah agak lama tidak berbuat demikian atas sebab-sebab tertentu. Dan pastinya semua ini dengan kadar harga yang saya jamin sangat berbaloi dan berpatutan untuk anda.

.... Lagipun, saya mahu menambah pengalaman seterusnya mengasah semula dengan lebih baik kemahiran photography saya, selain mengisi masa terluang saya dengan perbuatan yang berfaedah serta bermanfaat untuk semua.

Hubungi saya untuk tempahan Pakej Jurugambar PALING BERBALOI-BALOI dan seterusnya menjanjikan kualiti serta komitmen terbaik saya untuk anda ....


Alex
012 844 9937
  Bermula 31 Ogos 2013

Saya juga bersedia 
untuk majlis pertunangan, majlis cukur rambut, Sambutan Ulang Tahun  Anak/Perkahwinan
serta lain-lain majlis. 
 

Saturday, 25 May 2013

Kan sentiasa bersama....


Indahnya kegembiraan kita andai ianya dapat dirakam dalam keadaan yang cukup sempurna. Rakaman yang pastinya menyentuh rasa sayang yang sudah tentu tidak akan berubah untuk selama-lamanya. 

Kerana juga.. kita boleh berubah, tetapi rasa dalam sekeping gambar itu akan kekal selama-lamanya....

(Kredit : Gambar semasa Guerilla Lighting Workshop bersama Louis Pang di Tanjung Aru, Sabah)

Saturday, 20 April 2013

Puteriku ... Maisarah (2)


Terasa masa yang berlalu sangat pantas membawa kita ke hadapan. Sedar tak sedar puteriku ini sudah mencecah 3 tahun usianya. Daripada hanya merangkak, sekarang sudah berlari laju di depan mata.

Semoga puteriku ini akan membesar menjadi insan yang berguna kepada Tuhan, bangsa, negara, agama, masyarakat dan ibu bapa serta keluarga. Dianugerahi akhlak dan budi bahasa yang mulia serta kesihatan, kehidupan, perlindungan dan rezeki yang melimpah ruah. AMIN.


Jauh di mata, sentiasa di hati...


Saya tertarik dengan kata-kata yang tertulis di banting ini... "Jauh di mata, sentiasa dekat di hati...".
Ia mungkin merujuk kepada kepercayaan mahasiswa-mahasiswi UMS bahawa "sekali menjadi UMS selama-lamanya menjadi UMS". Dan difahamkan juga bahawa UMS ini pernah menjadi universiti yang tercantik dan terindah di Malaysia serta Asia Tenggara khususnya.

Di sini saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan TAHNIAH kepada semua graduan pada tahun ini.

:: Majlis Konvokesyen UMS Ke-13 Tahun 2012