Thursday, 9 June 2011

Apa di dalam Hati??

Dikongsikan beberapa point yg saya dapat note dari sesi motivasi pagi IKIM.FM tidak berapa lama dahulu (perspektif seorang freelance photographer)..

Bak kata Imam Ghazali ..
Ilmu yang bermanfaat adalah ilmu yang menambah takut dirimu akan Tuhan dan menambah penglihatan terhadap aib dirimu dan menambah makrifat mu dalam engkau beribadat kepada tuhanmu dan menambah kegemaran mu terhadap negeri akhirat dan seterusnya dapat membukakan hati mu agar kamu dapat mengenali penyakit hatimu dan amalan mu sehinnga engkau dapat menjauhinya.

Suka Mengaku Pandai
  • Suka mengaku pandai lantas tidak mahu belajar daripada yang lebih arif, orang-orang pro belajar 3-5 tahun untuk kuasai fotografi. Dia cukup belajar dari youtube saja dalam masa beberapa minit?? off-course job kampung nda perlu tu semua, orang kampung cuma tau ada 'kamera besar' tu memang pandai ambil gambar...
  •  belajar dari guru, selain daripada menambahkan networking, tips & kongsi pengalaman.. kita juga cari KEBERKATAN ILMU dan redha daripada orang (guru) yang menyampaikan ilmu 

Miskin Rasa Kaya
  • Ilmu yang kita ada ni TIDAKlah sampai setitis daripada selautan air, ilmu tu cuma amanah.. pemiliknya cumalah DIA semata-mata?? so, untuk apa kita rasa kaya dengan ilmu?? walhal orang yang tinggi ilmunya dalam bidang yang dia mahir makin merasakan dirinya semakin kerdil.

Pelupa & Tidak Suka Diingatkan
  • "IYA.. saya tau baitu" .. bila terlupa sesuatu dan ada member yang mengingkatkan.. maksudnya mungkin ilmu itu belum meresap ke dalam kalbu, atau mungkin belum difahami sepenuhnya. Tapi cover line la ba kan ?? 

Tidak Terima Teguran
  • Sentiasa rasa diri lebih baik daripada orang lain.. penyakit 'dalaman' yang amat dilarang dalam agama.  Berbangga-bangga itu bukan sikap yang patut untuk manusia, kebanggaan itu milikNYA semata-mata... (kecuali terima teguran dari kawan/individu yg ada tujuan tidak baik dengan kita seperti menunjuk dia kunun lebih pandai lagi...bla..bla...nda payah layan, klu boleh kasi kena dia satu kali...)
Lemah Rasa Kuat
  • Motivasi tu ok, supaya sentiasa kuat mengharungi cabaran. Cuma jangan sesekali lupa akan "PUNCA" kekuatan itu, bila DIRI menjadi punca kekuatan.. itulah yang dinamakan takbur...
  • Jangan sama sekali merasakan kejayaan/kepandaian itu semata-mata dari diri dan bukan IZIN dari Maha Pemberi .. 

Sumber : 
... Dari rakan-rakan seperjuangan (sudah lupa siapa, tapi mohon izin sekiranya tuan/puan ternampak artikel ini). Pesanan buat diri sendiri sahaja. Terima kasih.

Sunday, 15 May 2011

Untuk apa anda membayar jurugambar?

-Seperti yang tersiar di dalam majalah Pesona Pengantin
-Oleh: Hasnuddin Abu Samah, Pengarah Urusan, Adan Impresif.

Apabila anda mengupah seorang jurugambar untuk merakamkan gambar majlis perkahwinan anda, beliau akan mengenakan sejumlah harga tertentu bagi perkhidmatannya. Sekiranya anda tidak memahami akan proses yang terlibat dalam menghasilkan gambar perkahwinan, anda tentu akan menganggap harga yang dikenakan adalah tidak setimpal. Berikut saya senaraikan 5 kos utama yang sebenarnya terlibat dalam menghasilkan gambar perkahwinan:

1) Kos Peralatan Kamera
Untuk menghasilkan gambar perkahwinan yang baik memerlukan kamera yang berkualiti. Satu set kamera digital yang baik berharga dalam lingkungan RM 10,000. Selain dari kos pembelian, kos pemeliharaan juga diambil kira. Set kamera ini perlu dinaiktaraf, diservis dan diperbaiki jika berlaku kerosakan. Peralatan digital mengalami susut nilai yang lebih cepat berbanding peralatan kamera analog. Dengan mengambil kira semua kos inilah jurugambar mengenakan harga tertentu untuk perkhidmatan mereka. Ini bermakna, selain mengupah jurugambar, anda juga sebenarnya membayar kos ‘sewa’ peralatan mereka.

2) Kemahiran Jurugambar
Untuk menjadi seorang jurugambar yang baik, seseorang itu perlulah mempunyai kemahiran fotografi yang tinggi. Selain dari itu, jurugambar juga perlu mempunyai kemahiran lain seperti kreativiti, pandai berkomunikasi, mempunyai citarasa yang tinggi dan kemahiran lain. Kemahiran ini hanya dapat dikuasai dengan pengetahuan, latihan dan pengalaman. Ini bermakna, semakin tinggi kemahiran seseorang jurugambar itu, semakin tinggi pula harga yang akan dikenakan untuk perkhidmatannya.

3) Masa Perkhidmatan
Jurugambar adalah seorang profesional. Ini bermakna, beliau hanya akan mendapat bayaran dari kerja perkhidmatan yang dilakukan. Seseorang jurugambar cuma boleh merakam gambar untuk satu majlis sahaja pada sesuatu masa. Ini bermaksud, masa adalah satu faktor yang amat bernilai kepada seseorang jurugambar. Dengan itu, jurugambar mengenakan harga untuk perkhidmatannya berdasarkan berapa lama masa yang perlu diambil untuk sesuatu tugasan.

4) Perkhidmatan Selepas Rakaman
Setelah jurugambar selesai merakam gambar untuk majlis perkahwinan anda, tugas beliau sebenarnya tidak habis di situ sahaja. Beliau perlu menyunting kesemua gambar yang telah dirakam dengan memilih gambar yang terbaik sahaja. Sekiranya perlu, gambar yang terpilih akan diperbaiki lagi dari segi kecerahan, kontras, warna, ketajaman, komposisi dan sebagainya. Seterusnya, barulah gambar anda tadi akan dicetak. Selepas cetakan gambar siap, jurugambar akan meneliti kembali kualiti cetakan gambar. Gambar yang tidak sempurna akan dicetak kembali agar mencapai tahap kualiti yang dikehendaki. Akhir sekali, kesemua gambar-gambar tersebut akan disusun ke dalam album sebelum diserahkan kepada pelanggan.

5) Kos material
Selain dari kos perkhidmatan yang disebutkan di atas, kos material juga terlibat dalam menentukan harga perkhidmatan seseorang jurugambar. Antara kos material yang terlibat ialah kos pengangkutan, cetakan gambar, album, bil telefon, kos promosi serta lain-lain kos peniagaan.

Dengan mengetahui kos sebenar yang terlibat dalam menghasilkan gambar perkahwinan, diharap anda akan lebih menghargai peranan seorang jurugambar walaupun anda terpaksa mengeluarkan sejumlah wang untuk membayar perkhidmatannya. Walau apa pun, sememangnya berbaloi untuk membelanjakan wang kepada sesuatu yang boleh anda tatap sehingga ke akhir hayat. Tambahan pula, ianya adalah gambar hari yang paling bahagia dalam hidup anda. 

:: Penulis merupakan salah seorang "SIFU" photography saya..