Saturday, 1 September 2012

Selamat Hari Merdeka... Ke-55 Malaysia ..




Hmm... banyak yang didengar pendapat sejak dulu tentang tarikh kemerdekaan negara kita Malaysia. Malah sejak kebelakangan ini, ada yang dengan berani menyatakan Selamat Hari Kemerdekaan yang ke-55 kepada Semenanjung Malaysia dan yang ke-49 untuk Sabah. Ini semua mengambil fakta Sabah (dulunya Negara Sabah sebelum menyertai Persekutuan Malaysia bersama-sama dengan Negara Malaya) telah merdeka dari kolonial British pada 31 Ogos 1963 (itu belum mengira isu logo dan tema Hari Kemerdekaan Malaysia pada tahun ini oleh pihak-pihak yang sedih tidak diambil dan sudah tentu dibayar untuk membuatnya). So, rasanya lebih tepat ianya adalah Hari Kebangsaan Malaysia..

Pada pendapat saya, fakta dan isu kemerdekaan samada Sabah, Sarawak atau Malaysia ini perlulah diperjelaskan sejelas-jelasnya. Yang menghairankan, baru sekarang tarikh-tarikh ini muncul terutamanya di dalam laman sosial Facebook. Saya sendiripun ketiadaan fakta berkaitan perkara ini walaupun matapelajaran Sejarah merupakan sesuatu yang sangat saya minati sewaktu di alam persekolahan dulu.

Dengan teknologi fotografi dan kecanggihan perisian photoshop sekarang ini, agak menakutkan jika kita atau saya menyetujui satu fakta lewat dari sekeping gambar walaupun gambar tersebut bertarikh 31 Ogos 1963 !!

Mungkin sudah sampai masanya “sipembuat fakta” memunculkan diri dan membawa perkara ini ke pihak-pihak yang berkaitan atau mengadakan seminar khas menyentuh perkara tersebut. Ini sangat penting terutamanya kepada “sipempercaya fakta” agak tidak malu dikemudian hari atau hanya dibuat batu lonjatan oleh pihak-pihak tertentu untuk mencapai agenda masing-masing.

Walau apa-apapun, yang paling penting bagi saya ialah, kita bersama-sama seluruh rakyat Malaysia tidak mengira di mana saja berada (Sabah, Sarawak, Semenanjung Malaysia atau dinegara-negara luar) untuk menjaga keamanan serta kemakmuran negara kita. Ini perlu bukan sahaja kepada kita sendiri tetapi para pewaris dan anak cucu kita nanti.

Apa yang menyedihkan ialah masih ada beberapa pihak bercakap (di Sabah sahaja), ah..kalau Malaysia diserang saya larilah bersama-sama keluarga saya ke negara asal saya... masih ada juga sanak saudara kaum keluarga saya di sana.Bagi saya, manusia begini tidak layak tinggal di Malaysia malah perlu berasa malu mencari rezeki di bumi yang bertuah ini. Tetapi apa yang betul-betul menghairankan saya, bagaimana dia ini boleh menjadi warganegara Malaysia?.. usia, pemikiran dan semangat patriotik tidak sama dengan orang-orang Malaysia yang lain.

Apa-apapun saya bersyukur dilahirkan di Malaysia ... !!

31 Ogos 2012