Thursday, 15 November 2012

Dunia yang indah


Zaman kanak-kanak memang satu zaman yang cukup sempurna. Kegembiraan sepanjang masa dalam semua keadaan.

But for me, kegembiraan sangat luas maknanya. Tidak lah perlu untuk kita kembali ke zaman kanak-kanak bagi menikmatinya. Nikmatinya sahaja apa yang ada sekarang ...

Pada seekor semut


Sungguh banyak perkara yang boleh dipelajari dari makhluk ini terutamanya erti "team work" yang sebenarnya. Makhluk kecil yang terkenal dengan sikap bantu-membantu.

Gambar ini mungkin tidaklah sebagus yang diimpikan tetapi ia tetap menarik hati saya. Gambar dirakam tanpa perancangamn dan secara tiba-tiba. Maybe in next time, i must ready enough for this photoshot actually.

So my friends, this is my close-up photos ... for the love of the game ...

Salam Maal Hijrah


Masa sangat pantas berlalu atau semakin pantas dari tahun ke tahun?..
Banyak perkara boleh dipelajari dari peristiwa Maal Hijrah tetapi siapalah saya untuk mentafsirnya.

Salam Maal Hijrah, semoga kita semua terus maju dalam bidang masing-masing. Dan semoga juga kita terus sihat, ceria dan dimurahkan rezeki yang melimpah ruah.

(Gambar : Masjid Bandaraya di Teluk Likas, Kota Kinabalu)

Indahnya negeriku


Saya sedar rakaman foto lanskap saya ini bukanlah sesuatu yang boleh dibanggakan atau jauh sekali untuk dibuat perbandingan (mungkin perbandingan yang teruk bolehlah..pls don't kawan-kawan hehehe....). Actually just drop to say i was here before ... ;-)

Baiklah kita teruskan cerita. Mengetahui beberapa teknik merakam foto sahaja tidak cukup untuk menghasilkan foto lanskap yang ada unsur "wow". Penghasilan sebuah foto pemandangan atau lanskap perlulah di"perhalusi dan dimantapkan" dengan gear-gear khas serta sedikit nasib. Tanyalah atau rujuklah sifu atau otai "Landscape Photography" pastinya jawapan sekitar itu juga.

Malahan olahan penambahbaikannya dalam beberapa software photos editing juga turut mempunyai cara tersendiri. Kita perlu mencuba dan berlatih tanpa jemu.


Sebuah perkampungan di Kundasang, satu pagi yang cerah tetapi sejuk
(fotor telah "diresize' untuk memudahkan proses upload)


Monday, 12 November 2012

Nak Gambar Cantik?....BUAT!

Seperti kata Yaman Ibrahim ...


Nak Gambar Cantik?....BUAT!

...dalam THROUGH YAMAN'S EYE...


Yaman Ibrahim merupakan seorang jurugambar yang cukup berpengaruh dan dikenali dikalangan peminat-peminat fotografi di Malaysia malah dunia. Beliau telah memenangi banyak pertandingan fotografi samada dalam negara maupun luar negara. Gambar-gambar beliau di laman web foto bertaraf dunia juga mendapat sambutan dan undian yang tinggi setiap kali beliau "memposkan" gambar-gambar hasilan karya beliau...

Rupa-rupanya saudara Yaman ni cukup teliti dan bersungguh-sungguh dalam menghasilkan setiap karya beliau. Contohnya, beliau sanggup dan berani meredah sungai-sungai tempat penyeludupan beras siam di Kelantan untuk mencari tempat sesuai untuk menangkap gambar orang yang sedang menjala. Beliau mengakui tidaklah terlalu sukar untuk mendapatkan gambar orang menjala, tetapi untuk mendapatkan gambar orang menjala yang ‘sedap’ di pandang beliau kira agak sukar. Kerana pada beliau, foto itu perlu mengambil kira tempat, kostum, peralatan, pencahayaan, sudut penggambaran, serta waktu ianya diambil. SUKAR tetapi TIDAK MUSTAHIL!

Beliau berusaha mendapatkan rakit di Tumpat (tempat perancangan beliau untuk sesi photoshot di Pasir Mas Kelantan), menyewa lori untuk membawa rakit tersebut dari Tumpat ke Pasir Mas dengan menyewa lori. 

Seperti kata beliau "Nak tahu bagai mana susahnya nak dapatkan gambar yang cantik? Korang tengok ni, bagaimana susahnya aku panjat pokok serta berendam dalam sungai… kalau tersandung akar, alamat lenjunlah kamera ku …. Namun itu lah risiko yang perlu di hadapi demi untuk sekeping foto yang menarik."


Maka rasanya,  saya rasa bersyukur dapat berkongsi ilmu fotografi gaya beliau satu waktu dahulu. Semoga aura kehebatan dan kesungguhan serta kemenangan beliau akan memberikan saya semangat dalam merempuh dunia photography yang saya mula rasa bahangnya ditambah komitmen keja yang serba sedikit memberi kesan juga kepada hobi saya ini.

Beliau turut mengkagumi Rarindra Prakarsa (termasuk saya...).. dan sering menyebut nama RP sewaktu bersama beliau di KK satu ketika dulu berkaitan Tone Emas RP, ROL dan sebagaimana.

Ok cuba kita nilai beliau, berdasarkan keterangan sewaktu menghadiri Kelas Pencahayaan Studio oleh Bustaman Mokhtar ... 

"Siang tadi aku berada di White Studio, mengikuti kelas pencahayaan studio oleh saudara Bustamam Mokhtar. Beliau merupakan seorang fotografer fesyen dan potret yang masyhur di Malaysia ini. Hampir semua orang pernah lihat hasil kerja beliau, terutamanya yang menghiasi kulit majalah Glam selama bertahun tahun. Pun begitu beliau juga banyak mengambil foto untuk kerja2 komersial.
Aku sedar bahawa kita boleh mencuba pelbagai cara pencahayaan yang boleh di dapati dari pelbagai buku atau dari internet. Namun, dengan melihat atau mempelajarinya secara first hand dari penggiat industri adalah merupakan satu peluang yang jarang jarang diperolehi serta tidak harus di lepaskan. Terutamanya kepada sesiapa yang ingin bergiat secara serius dalam arena fotografi studio. Kini ramai yang cuba2 mengadakan kelas2 lanjutan untuk studio fotografi. Namun mereka berkemungkinan bukan merupakan pemain dalam industri secara regular. Maka cara pengajarannya juga berkemungkinan kurang berkesan."

Semoga saya juga dianugerahkan rasa rendah hati serta dijauhi dari sikap dan sifat yang tidak elok sepanjang menyusuri "dunia karya bergambar" ini. Lagipun siapalah saya dalam dunia fotografi ini,  cuma seorang budak baru belajar ...

Nong Alexander Saidi @ Alex

Kasut baru








 



13.11.2012

Bekerjalah sekuatnya ...


Kegigihan dan kesungguhan yang ditunjukkan oleh seseorang yang sedang bekerja selalu menimbulkan kekaguman kepada saya. Tidak kiralah apa sahaja pekerjaan yang sedang dibuat kerana bagi saya, seorang pembersih atau buruh lebih mulia dan hebat dari seorang perompak atau penipu.

Hasil titik peluh dari kepenatan seseorang yang bekerja secara "halal" walaupun dengan upah yang sedikit lebih "berkat" dari hasil "melimpah" yang diperolehi dengan cara yang "haram" dan menyusahkan orang lain. Saya sentiasa percaya, kepayahan itu pasti "berbayar" satu hari nanti.

Semoga saya dijauhi dari sumber pendapatan yang tidak diingini.. semoga juga setiap rezeki yang saya dapat, walaupun sedikit, satu hari nanti akan tetap menjadi BUKIT. Semoga dengan itu juga, dapatlah saya BERAMAL untuk atau kepada yang lebih memerlukan.

Amin.


Sumber gambar dari pekerja di Muzium Negeri Sabah, yang tetap bekerja walaupun ketika itu cuti umum (ahad)... ketika Kursus "Shot and Edit like Rarindra's Way" anjuran Studio Pesona satu ketika dulu...

Saturday, 10 November 2012

Tukar nama @ watermark punya pasal...

Wow...nampaknya banyak gambar kena tukar watermark.. kalau begini cancell dululah mau upload gambar. Tukar dulu semuanya jadi "Nong Alexander" ?? .. or just Alex !! ..

Lupa pula masih banyak stok gambar pakai watermark lama ...

[ Betullah teori asas psikologi.. setiap perkara ada tiga "part".. apa tu?... nantilah cerita. ]


10.11.2012

New watermark ?


Hmm.. gambar pertama guna watermark baru ... Nong Alexander ... it;s okay or not?.. hmmmm

...and it's really important?... i mean the watermark or name??.. or just the photos?..

p/s : 10.11.12 (tarikh yang cantik, sekali sahaja untuk selama-lamanya..)

Tukar nama or watermark? .. untuk apa? ..

Saya rasa, penglibatan saya dalam dunia fotografi adalah semata-mata kerana SENI. SENI yang terkandung dalam fotografi yang perlu dicari untuk dihasilkan.

Mungkin guna nama "Nong Alexander", mengambil kira panggilan timang-timangan saya dikalangan keluarga dan nama sebenarnya saya seperti yang diketahui oleh kawan-kawan.

Saya bermula dengan cuba menggunakan nama "Tanak Kampung Photography"... kemudian menggunakan nama sebenarnya saya "Alexander Saidi" walaupun ramai kawan-kawan saya meminta saya mengekalkan nama "Tanak Kampung" tersebut.

So??... bagaimana??? ...

Nong Alexander ... semoga bermanafaat

Alex @ 10.11.12

Saturday, 3 November 2012

Sumber gambar cantik dari belakang rumah


Gambar ladybug ini saya rakamkan dihalaman rumah sahaja. Bukan juga dengan lensa mikro/makro tetapi hanya kit lens sahaja. Sebenarnya banyak sumber gambar yang cantik tidak memerlukan kita outing hingga ke pelosok kampung atau ke hutan rimba dan gunung ganang. Kalau kita berkecimpung dalam bidang photography hanya sebagai hobi, carilah sumber foto dari sekeliling kita dahulu.

Tetapi kalau kita sememangnya "cari makan" dengan bidang photography, maka wajarlah kita keluar dari sempadan mata kita untuk mencari gambar yang boleh dijual. Bagi saya, setakat inilah, bidang ini hanya untuk mengisi masa lapang saya. Kerana walaupun saya kadang-kadang dibayar untuk menangkap gambar-gambar kahwin, bidang ini bukanlah satu sumber penjanaan kewangan saya yang utama...buat masa ini lah..

Komitmen kerjaya, keluarga dan pengajian saya serta beberapa perkara telah menghalang saya untuk untuk menjadikan bidang ini sesuatu yang serius diceburi.

Oh ya, gambar ladybug ini telah saya poskan juga di FB saya dan ada beberapa orang dari Sarawak cukup berminat dengan gambar tersebut (mungkin peminat ladybug kerana mereka ini wanita/gadis). Saya telah berjanji akan mengirim beberapa gambar seumpamanya kepada meraka, tetapi sudah hampir setengah tahun saya tidak dapat mengirim mereka gambar ladybug kerana seakan-akan spesis ini sudah hilang dari halaman rumah saya. Mungkin kesan dari pembersihan halaman rumah yang saya lakukan tanpa menyedari kesannya pula kepada habitat spesis ini. Ada cara "memanggil" spesis ini semula?... sila hubungi atau emailkan kepada saya seperti maklumat saya di bawah okey :-)


Alex
012 844 9937
alexnonong@hotmail.com

Gambar manipulasi sebagai "gift"?

Nong Alexander

Salah satu foto studio yang telah saya rakamkan satu ketika dulu untuk satu sesi studio shot sempena perkahwinan pasangan ini (klien kepada penganjur). Kebetulan ketika itu saya sedang mengikuti Bengkel Jurugambar Studio anjuran penganjur tersebut, yang mana pasangan ini secara tidak langsung telah menjadi model kami pada hari itu (tetapi semua gambar diberi kepada penganjur).

Cubaan saya untuk mempraktikkan sedikit teknik manipulasi yang telah saya pelajari bersama Kukubesi dan beberapa orang "pemanipulasi" samada yang sudah mempunyai nama atau baru mencipta nama dengan hasil karya yang cukup mengkagumkan saya.

Mungkin masih jauh dari "thumbs up" dan terdapat penambahbaikan perlu dilakukan, tetapi perlu diketahui bahawa untuk menghasilkan satu karya manipulasi, ianya memerlukan usaha yang lebih berbanding teknik fotografi yang lainnya.So untuk suka-suka menghasilkan karya manipulasi?... aiyooo... itu susah mau janjilah.. hahaha

Alex
012 844 9937
alexnonong@hotmail.com