Saturday, 20 April 2013

Puteriku ... Maisarah (2)


Terasa masa yang berlalu sangat pantas membawa kita ke hadapan. Sedar tak sedar puteriku ini sudah mencecah 3 tahun usianya. Daripada hanya merangkak, sekarang sudah berlari laju di depan mata.

Semoga puteriku ini akan membesar menjadi insan yang berguna kepada Tuhan, bangsa, negara, agama, masyarakat dan ibu bapa serta keluarga. Dianugerahi akhlak dan budi bahasa yang mulia serta kesihatan, kehidupan, perlindungan dan rezeki yang melimpah ruah. AMIN.


Jauh di mata, sentiasa di hati...


Saya tertarik dengan kata-kata yang tertulis di banting ini... "Jauh di mata, sentiasa dekat di hati...".
Ia mungkin merujuk kepada kepercayaan mahasiswa-mahasiswi UMS bahawa "sekali menjadi UMS selama-lamanya menjadi UMS". Dan difahamkan juga bahawa UMS ini pernah menjadi universiti yang tercantik dan terindah di Malaysia serta Asia Tenggara khususnya.

Di sini saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan TAHNIAH kepada semua graduan pada tahun ini.

:: Majlis Konvokesyen UMS Ke-13 Tahun 2012

Puteriku ... Maisarah


Senyuman riangmu mendamaikan hati
Suara tawamu sangat bererti ...
 
Papar, Sabah

Si kuda Poni

Wedding @ Pitas
Edited Version (2012)

Demi rezeki yang halal


Demi rezeki yang halal, demi mencari sesuap nasi ... 
Kundasang.