Thursday, 12 July 2012

I will follow you ...



Gambar ini saya rakamkan sewaktu menyertai xpdc mendaki Gunung Kinabalu jabatan saya pada bulan April 2011 yang lalu. Saya tertarik dengan suasana dan backgroundnya, walaupun agak mencabar kerana cuaca yang sejuk, gerimis dan agak berkabus ...

Kredit to Mr. Hafiz & Mr. Alvin .. you're the man !! ..

Wednesday, 11 July 2012

Kisah dua sekawan dalam gelap ...

f/4.8
1/320 sec.
ISO-800

Gambar ini saya rakamkan menggunakan teknik Low Light, itu sebabnya background agak gelap sedangkan subjek terang dan jelas. Terdapat pelbagai variasi penggunaan Low light. Rajin-rajinlah belajar dan mempraktikannya. Dalam photography, banyak keadaan atau cerita yang cantik dirakam dengan menggunakan teknik Low light ... di sini saya menggunakan speed light secara manual dan setting kamera juga manual untuk mengolah keadaan cahaya sebegini.

Tetapi untuk mengaitkan gambar dan tajuk di atas, saya ada satu kisah untuk dijadikan iktibar oleh kita semua (samada photog atau bukan). Kisah ini bertajuk Arnab, Kambing dan Harimau. Begini bunyi kisahnya (mana kambing dalam gambar di atas?.. nanti saya dijelaskan, baca terlebih dahulu kisah ini..) ..

Arnab dan Kambing bersahabat baik. Mereka makan di padang rumput yang sama dan minum di sungai yang sama juga. Satu hari, mereka bergaduh. Hal yang terlalu kecil, tetapi akhirnya bertukar menjadi besar apabila mereka saling mencaci antara satu sama lain. "Aku akan hancurkan kambing. Apa dia ingat aku takut dengan tanduknya?" getus arnab seorang diri. Dia ligat memikirkan bagaimanakah caranya hendak memusnahkan kambing. Tiba-tiba dia mendapat idea yang baik. "Ya, aku akan berjumpa harimau dan memberitahunya tempat kambing selalu berehat," kata arnab di dalam hati. Dia yakin harimau akan bersetuju. Siapa yang hendak menolak rezeki?

Arnab pun menemui harimau dan memberitahu di mana kambing bersembunyi. Harimau dengan pantas bersetuju dan mengajak arnab pergi bersama-samanya ke tempat yang dimaksudkan. Bila tiba sahaja di situ, harimau terus menerkam kambing dan membunuhnya. Dan sebaik saja kambing mati, harimau terus menerkam arnab dan membunuhnya sekali. Dua bekas sahabat baik itu menjadi mangsa harimau yang menjadi musuh mereka sekian lama..

Pengajaran : Kebencian acap kali menghilangkan kerasionalan dalam berfikir.

Untuk makluman semua, gambar di atas dirakam sebelum arnabnya dibaham harimau dan selepas kambingnya dibaham harimau....hahahaha

Teringat pula lagu "Kawan" oleh penyanyi Ruhil Amani yang popular sekitar awal tahun 90an dulu...

"Hei! Jangan buang masa
Dengan berkhayal saja
Kawan lihat masa depan
Masih jauh di hadapan

Hei! Jangan main api

Nanti membakar diri
Ilmu harus kita cari
Kelak kita takkan rugi"


Tutorial lagi ka ni?.... hahaha... just enjoy my friends ...

Tuesday, 10 July 2012

Riang ria bersama kawan


Gambar ini saya rakamkan bulan April tahun 2010. Time ni tu rehat hari kedua semasa "Bengkel Pengendalian dan Teknik Rakaman Video HD" yang dibuat oleh FINAS (kelas sampai 10.00 malam, 4 hari.... 3 malam). Bengkel tersebut saya ikuti dengan belanja duit sendiri memandangkan ada projek Penerbitan Video Korporat di jabatan saya ketika itu.

...dengan "niat" mahu hilangkan sakit kepala, saya dengan dua orang peserta ke pantai ODEC di UMS untuk mencari ketenangan hahaha (kononnya)... tiba-tiba terlihat moment ni, mulanya buat dunno, tapi kawan-kawan pula keluarkan kamera terus shot sana-sini di pantai ni.. Saya tertarik dengan background "golden hour" yang terhidang dan turut merakamkannya. Lamalah juga gambar ni terperap dalam laptop sebelum saya terjumpa ia secara tidak sengaja !! .. dan untuk makluman semua, selepas petang ini, petang besok2nya mesti hujan (ada juga niat untuk merakam sekali lagi panorama senja di pantai ini) ! 

So pesanan saya, kalau ada peluang dan moment itu rakamkan sahaja, sebab mungkin moment itu adalah pertama dan terakhir yang anda akan dapat ...

 
Masa : 6.00 pm - 7.00 pm
Lokasi : Pantai ODEC UMS

Kebetulan yang betul

Hitam putih kehidupan

(gambar telah dikecilkan sizenya untuk mempercepatkan tatapan anda)

Selain merakamkan sesuatu untuk kenangan seumur hidup, sebenarnya sesi foto juga mampu memberikan satu cerita samada tersurat atau tersirat yang boleh membuatkan kita berfikir seterusnya menghidupkan minda akal fikir sendiri. Saya sangat mengalu-alukan sesiapa sahaja yang sudi dan berani mempercayai saya untuk merakamkan cerita anda lewat dari gambar-gambar anda sendiri...

Samada cerita itu penuh warna-warni atau sekadar hitam putih, saya tetap akan memberikan anda yang terbaik.. percayalah ..

Sunday, 8 July 2012

Mengapa photography satu hobi dan perkhidmatan yang mahal ?

Saya terbaca satu post dari kawan-kawan di FB satu ketika tentang hal "kemahalan" bidang photography. Lagipun saya sering berhadapan dengan pelanggan (termasuk saudara mara) yang mengeluh mengapa cas perkhidmatan untuk jurufoto perkahwinan mereka yang saya minta diluar jangkauan fikiran mereka ?.. (RM1200.00 sahaja..)

So, secara ringkas dan menjimatkan masa kedua-dua belah pihak, biarlah gambar ini menjelaskannya :-)

Sebenarnya, kalau kamera yang saya gunakan berharga rm100..shutternya tidak pandai habis.. tiada had limit penggunaan, tidak pandai rosak, alat-alat bantuan seperti reflector, flash, laptop i7, bateri dan lain-lain itu free.. sudah harga yang saya berikan pastinya dalam lingkungan RM100 sahaja mengambil kira kepenatan saya berdiri sahaja..itu tidak termasuk masa yang saya luangkan, mata yang mengadap skrin komputer seharian.. photobook, banner, banting, frame... aduh, kesiannya. Semoga saya terus bertenaga dan sihat walafiat dalam bidang yang saya minati ini.

Harap maklum dan salam mesra dari saya :-)

Sesuatu yang cantik akan kekal dalam gambar


Hubungi saya untuk sesi photoshot perkahwinan yang terbaik dengan kadar yang memuaskan ...
Kita bersama-sama akan mengabadikan kenangan yang datang sekali sahaja dalam hidup anda ...
012 844 9937 / alexnonong@hotmail.com

Saturday, 7 July 2012

Mata mesti "tajam"

Iya.. sememangnya dalam sesi photoshot (studio, indoor atau outdoor), mata model dan mata photographer perlu sama-sama "tajam". Mata memberikan pandangan "sesuatu".. dan menggambarkan "sesuatu" .. kedua-dua pandangan inilah yang akan menghasilkan gambar yang sempurna. Dan gambar yang sempurna adalah impian setiap photographer dan subjek yang di"snap"..

Dan pengertian sempurna itu pula berbeza antara satu sama lain .. :-)

Alexander Saidi Photography
012 844 9937
alexnonong@hotmail.com