Sunday, 8 July 2012

Mengapa photography satu hobi dan perkhidmatan yang mahal ?

Saya terbaca satu post dari kawan-kawan di FB satu ketika tentang hal "kemahalan" bidang photography. Lagipun saya sering berhadapan dengan pelanggan (termasuk saudara mara) yang mengeluh mengapa cas perkhidmatan untuk jurufoto perkahwinan mereka yang saya minta diluar jangkauan fikiran mereka ?.. (RM1200.00 sahaja..)

So, secara ringkas dan menjimatkan masa kedua-dua belah pihak, biarlah gambar ini menjelaskannya :-)

Sebenarnya, kalau kamera yang saya gunakan berharga rm100..shutternya tidak pandai habis.. tiada had limit penggunaan, tidak pandai rosak, alat-alat bantuan seperti reflector, flash, laptop i7, bateri dan lain-lain itu free.. sudah harga yang saya berikan pastinya dalam lingkungan RM100 sahaja mengambil kira kepenatan saya berdiri sahaja..itu tidak termasuk masa yang saya luangkan, mata yang mengadap skrin komputer seharian.. photobook, banner, banting, frame... aduh, kesiannya. Semoga saya terus bertenaga dan sihat walafiat dalam bidang yang saya minati ini.

Harap maklum dan salam mesra dari saya :-)

No comments:

Post a Comment