Wednesday, 11 July 2012

Kisah dua sekawan dalam gelap ...

f/4.8
1/320 sec.
ISO-800

Gambar ini saya rakamkan menggunakan teknik Low Light, itu sebabnya background agak gelap sedangkan subjek terang dan jelas. Terdapat pelbagai variasi penggunaan Low light. Rajin-rajinlah belajar dan mempraktikannya. Dalam photography, banyak keadaan atau cerita yang cantik dirakam dengan menggunakan teknik Low light ... di sini saya menggunakan speed light secara manual dan setting kamera juga manual untuk mengolah keadaan cahaya sebegini.

Tetapi untuk mengaitkan gambar dan tajuk di atas, saya ada satu kisah untuk dijadikan iktibar oleh kita semua (samada photog atau bukan). Kisah ini bertajuk Arnab, Kambing dan Harimau. Begini bunyi kisahnya (mana kambing dalam gambar di atas?.. nanti saya dijelaskan, baca terlebih dahulu kisah ini..) ..

Arnab dan Kambing bersahabat baik. Mereka makan di padang rumput yang sama dan minum di sungai yang sama juga. Satu hari, mereka bergaduh. Hal yang terlalu kecil, tetapi akhirnya bertukar menjadi besar apabila mereka saling mencaci antara satu sama lain. "Aku akan hancurkan kambing. Apa dia ingat aku takut dengan tanduknya?" getus arnab seorang diri. Dia ligat memikirkan bagaimanakah caranya hendak memusnahkan kambing. Tiba-tiba dia mendapat idea yang baik. "Ya, aku akan berjumpa harimau dan memberitahunya tempat kambing selalu berehat," kata arnab di dalam hati. Dia yakin harimau akan bersetuju. Siapa yang hendak menolak rezeki?

Arnab pun menemui harimau dan memberitahu di mana kambing bersembunyi. Harimau dengan pantas bersetuju dan mengajak arnab pergi bersama-samanya ke tempat yang dimaksudkan. Bila tiba sahaja di situ, harimau terus menerkam kambing dan membunuhnya. Dan sebaik saja kambing mati, harimau terus menerkam arnab dan membunuhnya sekali. Dua bekas sahabat baik itu menjadi mangsa harimau yang menjadi musuh mereka sekian lama..

Pengajaran : Kebencian acap kali menghilangkan kerasionalan dalam berfikir.

Untuk makluman semua, gambar di atas dirakam sebelum arnabnya dibaham harimau dan selepas kambingnya dibaham harimau....hahahaha

Teringat pula lagu "Kawan" oleh penyanyi Ruhil Amani yang popular sekitar awal tahun 90an dulu...

"Hei! Jangan buang masa
Dengan berkhayal saja
Kawan lihat masa depan
Masih jauh di hadapan

Hei! Jangan main api

Nanti membakar diri
Ilmu harus kita cari
Kelak kita takkan rugi"


Tutorial lagi ka ni?.... hahaha... just enjoy my friends ...

No comments:

Post a Comment