Tuesday, 10 July 2012

Riang ria bersama kawan


Gambar ini saya rakamkan bulan April tahun 2010. Time ni tu rehat hari kedua semasa "Bengkel Pengendalian dan Teknik Rakaman Video HD" yang dibuat oleh FINAS (kelas sampai 10.00 malam, 4 hari.... 3 malam). Bengkel tersebut saya ikuti dengan belanja duit sendiri memandangkan ada projek Penerbitan Video Korporat di jabatan saya ketika itu.

...dengan "niat" mahu hilangkan sakit kepala, saya dengan dua orang peserta ke pantai ODEC di UMS untuk mencari ketenangan hahaha (kononnya)... tiba-tiba terlihat moment ni, mulanya buat dunno, tapi kawan-kawan pula keluarkan kamera terus shot sana-sini di pantai ni.. Saya tertarik dengan background "golden hour" yang terhidang dan turut merakamkannya. Lamalah juga gambar ni terperap dalam laptop sebelum saya terjumpa ia secara tidak sengaja !! .. dan untuk makluman semua, selepas petang ini, petang besok2nya mesti hujan (ada juga niat untuk merakam sekali lagi panorama senja di pantai ini) ! 

So pesanan saya, kalau ada peluang dan moment itu rakamkan sahaja, sebab mungkin moment itu adalah pertama dan terakhir yang anda akan dapat ...

 
Masa : 6.00 pm - 7.00 pm
Lokasi : Pantai ODEC UMS

No comments:

Post a Comment